Sunday, August 21, 2011

Aku dah pandai buat.. Kau ?


Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa semua..

Title entry macam nak mintak penampaq lelaju kan ? Hidup nak riakk manjang ! Ishhh3x, kalau kau dapat buat apa yang aku dapat buat ni,confirm lah , kau lebih riak dari aku woi. Kau ingat senang ke nak ada bakat macam ni, tangan mesti seni.. hati mau suci..baru lah jadi. Yeahhh, pantun 3kerat dari Anis Salwani di pagi hari. (";)


Biasalah ! Entry belog aku ni memang basi memanjang. Nasiblah belog ni bertuankan aku yang memang sikap Malas menebal dalam diri. Bagiku, tidoo lagi penting dari segala - galanya. Kehkehkeh.



Mempersembahkan.....benda alah yang aku pandai buat dan kau, kau dan kau tak pandai buat....kehkehkeh !
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tarrahhhhhhhhhhhh !




gambar 1st , ketupat pasar .
gambar 2nd ,ketupat bawang. :)


Actually aku belajar buat ketupat ni hari Jumaat hari tu. Belajar dengan kawan - kawan dalam office. Even kerja melambak - lambak, dek kerana menghormati warisan turun temurun nenek moyang kita, cehh.. mintak penampaq lagi sekali -.-". ku gagahi jua. kehkehkeh.Siap kena sound dengan lecturer aku kat Segamat ! Kehkehkeh Untuk pengetahuan korang, yang mana belum tahu lah kan. Aku sekarang berpraktikal di UiTM Shah Alam and dahulu belajar di UiTM Johor.



klik gambar untuk tumbesaran.


Dulu kat sekolah,masa aku stay hostel, time time nak dekat raya ni lah sangat meriah ! Sibuk masing -masing pakat pakat, suruh budak luar (nickname untuk budak yang tak dok kat hostel) beli ribbon. Tak pun, keliling asrama penuh dengan pokok kelapa. hape lagi..Rembat situ je lah. Semata - mata nak belajar  menganyam ketupat. Tapi dulu aku ni malas sikit nak belajar buat ketupat, sebab aku tahu, kalau kat rumah mak abah memang tak kan sibuk sibuk menganyam ketupat. Just beli nasi empet ADABI tu, then, rebus ! 



kedua - dua gambar ehsan Mr. Google.


Tapi berbeza kat office hari tu, aku antara orang terawal yang pandai buat ketupat. kehkehkeh. Bangga lagi. Sifu aku ajar buat ketupat pasar je. Kali ke-5 buat, aku terus buat ketupat bawang. Sebenarnya aku pun tak tahu macam mana boleh jadi ketupat bawang tu. Kehkehkeh. Cuba suruh aku buat sekali lagi.. Confirm lah aku terkial - kial.








Asyik guna yang  instant je. Kalau bukan kita, Siapa lagi  kan yang nak meneruskan warisan nenek moyang kita ni. Ye tak ? Jangan sebab semua kerja nak buat dengan cepat, sampai satu hari nanti tradisi ni dilupakan.
Bila anak - anak kita tanya, "mama.mama.. tu apa tu mama ?" Kita jawab, " tu ketuat nak !"



Bagi aku, cool apa bila kita tahu something yang banyak orang and ramai manusia dah melupakannya. Even bila fikir fikir semula, macam semua usaha tu sia - sia je kan. Ye lah. cuba kau fikir balik. sehari suntuk kau menganyam benda alah ni. Masukkan beras, rebus lagi. Tak mahu kalah , rebus guna kayu api. Then bila semua pun dah siap, ketupat yang kau anyam dengan segenap jiwa dan raga tu, kau potong dan makan.-.-" Ada yang lebih sadis, masa kau anyam, elok je ketupat tu color hijau.cantik je. Alih-alih, jadi color cekelat after rebus.



macam biasa, ehsan Mr. Google.

Tapi berbaloi jugak kan ? Setahun sekali. Apa ada hal kan ?  Raya tahun ni aku nak try buat lah. Korang macam mana pulak ?


"Budaya Mencerminkan Bangsa."



Nota dari :

Photobucket


5 pembetulan:

AS said...

saya tak reti lagi. HAHA.
akk buat utk sya makan nnt ye ^__*

Anis Salwani said...

hehehe.
boleh2. nanti akak buat kan. nak ketupat apa??
bawang, pasar, satay..????hehehe

AS said...

semua. haha

She said...

Hey there! I got tag for you~ Free2 boleh lah buat okay. Do visit my blog for the tag okay. Have a nice day then

Hidaya Sarbini said...

hehe..memang xtahu buat pun =)

Post a Comment