Saturday, August 13, 2011

Perihal manusia & Pig Lining For Shoes


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua..


Macam mana hari ni ? Lebih baikk dan lebih bersemangat dari semalam tak ? Mestilah kan. Hari ni kan cuti. Siapa yang tak semangat. Keh keh keh.. Tetibe jadi rajin semacam je. Kalau lah hari - hari bekerja aku punya semangat luar biasa macam sekarang, confirm every year aku dapat AWARD pekerja cemerlang !




Tegur -menegur ! @ nasihat menasihati ! baguskan ? kau dah nampak aku punya intro macam lain dari tajuk, jangan dibiarkan. Tegurrrlahhh. Tengok ! Mau jejak satu perenggan dah ni. melalut je keje !



Masuk topik kita yang asal pada pagi sabtu yang berbahagia ni. Cerita basi ! Semalam, aku dengan Zue dan Kak Wani plan nak hantar si Nun, kawan aku yang sakit tu balik rumah dia di Bangsar. Yelah, dia dikurniakan MC dua hari dari hari khamis - jumaat and sabtu ahad confirm - confirm lah cuti kan ? Dari melanguk kat kolej, lebih baik lah balik rumah tolong mak tambah - tambah stok kuih raya. Ada gak pekdahnya kan ? 4hari cuti tuuuuu! Hasrat murni kami tu di sambut mesra oleh Nun.Keh keh keh. Takut gak lah.if dia naik komuter terpengsan ke, terjatuh ke, sebab dia belum sihat sepenuhnya. Manalah nak dapat kawan baikk nak mampuihh macam aku ni kan ? chewahhhh! C(:



********************************************************************************************************************



So ceritera kali ini berlaku di Mid Valley. Masa aku sibuk meninjau aksesories (melayu + omputih) kat Sinma , masa tu aku pegi port stok make up. Tengok eyeliner, tengok eyeshadow, lip gloss dan sewaktu dengannya lah. Kebetulan masa tu ada lah sorang nyonya ni. Umur dalam 40++,berambut kerinting, badan sedang - sedang dan agak rendang, pakai baju colour purple dan berseluar coklat , berkasut..erkkk? lupa dia pakai kasut apa. selipar mungkin ? Aku takde lah menatap sangat..pandang dalam keadaan body mengadap port make up tu, tapi mata dok kerling nyonya tu.mau pening jugak lah .



Aku tengok,nyonya tu syok lah sangat belek eyeshadow. Tak toleh kiri tak toleh kanan pon. Kehadiran aku kat sebelah dia pun aku rasa dia tak perasan. Punya khusyuk tu. Agaknya dia nak pakai buat sambut laki dia balik keje kot. Aku rilek lagi. Bagi can lah sikit kan. takpe takpe aunty. usha lah dulu.



Tunggu punya tunggu..ada lah dalam 3minit, dah ada yang berkenan letewww! aku tengok dia bawak dua eyeshadow ke kuanter. Sah! dia memang dah suka bebeno dengan benda alah tu. Fuhh, dalam hati,nasib dia tak amek yang aku dok usha dari tepii tu. Woi ! kau ingat sepanjang 3 minit aku bersama nyonya tu, aku dok jeling dia je ke, aku usha usha jugak eyeshadow lah! Baru aku ingat nak feel sikit, nak pegang -pegang nyonya tu..ehhh, silap! nak pegang - pegang , nak test - test eyeshadow tu, belum sempat sentuh pun, tetibe nyonya tu datang balik dengan sorang pekerja Sinma.



Mereka berjalan beriringan ke arah aku dengan gaya macam nak serang aku je. Aku dah cuakk! Tak kan dia perasan kot aku jeling - jeling dia tadi. Mati aku doe ! Mereka semakin menghampiri aku. Arghhhh, aku dah nekad! kalau tetibe je salah seorang dari mereka angkat tangan memasing, aku terus je keluar seni silat cekak hanafi aku tuh ! Apa nak jadi pun jadilah. Aku dah tak kisah. dah nekad bebeno nih!



Aku dah ready ni. pasang kekuda, siap mental dan fizikal !Tetiba amoi Sinma tu angkat tangan dia dan berkata...



"Are sure madam you want this ?",sambil menunjuk berulangkali dekat dua bekas eyeshadow yang ada sticker 'tester' diatasnya. Amoi tak puas hati. Ditanya lagi dekat nyonya tu. " Do you really want both of this ? ". Nyonya tu mengangguk seraya berkata, " Ya, ya, ya, ya....." sambil menuding jari ke kedua - dua eyeshadow kesayangannya.



Dengan perlahan dan tanpa mengeluarkan bunyi, aku tarik kekuda aku tadi dan buat - buat tengok eyeliner pulakk. Cinabenggg ! muka mesti cool. Jangan kasi orang perasan. Sambil tu, telinga masih mendengar perbualan kedua - duanya lagi.




"This is tester mam, do you really want this ? take the new one la. " dengan penuh ramah amoi tu mengeluarkan pendapatnya. Si nyonya tu menjawab ," Ya, ya, ya, ya...Ya, ya..ya..ya." Dalam hati aku, confirm lah nyonya ni ingat amoi tu cakap bahasa alien.




Amoi tak putus asa. Seraya berkata lagi, " Do you really like both of them uh ?" sambil tersenyum manis. Sekali lagi, "Ya,ya, ya,ya...Ya, ya, ya, yaaa..!"Eh, nyonya ni. geram pulak aku tengok ! tak tahu nak buat apa lagi kan ? amoi tu terus je bawak dua - dua tester tu g kuanter. Takyah tanya - tanya lagi. Aku tengok amoi tu macam dah fed -up! Dia dah main diam jek. Kalau aku lah jadi amoi tu, ada makan penumbuk sulung juga nyonya tu semalam.



Yang aku pelik kan , even seorang nyonya dan seorang lagi amoi, bukan ke kedua -duanya berbangsa cina ? yang si amoi tu pun satu, sudah terang lagi bersuluh la yang nyonya tu tak faham apa yang dia cakap, boleh je kan kau speaking cina dengan nyonya tu, kasi nyonya tu paham apa yang kau cuba nak sampaikan ! Ni kau lenjan je bahasa mat salleh tu. kesian gak aku tengok si nyonya tu. Confirm balik rumah free -free kena marah dengan anak dia. beli barang tester.Keh keh keh.setan!



Aku beli apa ? dah mata asyik nak tengok nyonya tu, satu barang pun aku tak de hambek! bagus. menabung buat pegi haji. Teruskan pejalanan ke Top Shop!



***********************************************************************************************************************



Sale! sale! sale! 50% discount. Pompuan mana tak suka sale ? Lelaki pun banyak yang gila sale ! aqua aku tak tahu lah! keh keh keh. Usha lagi takyah beli. Sedang aku syok - syok tengok -tengok bag dia yang cun melecun tu, tetibe..., terdengar satu suara soh seh soh sehh.
Tajam betul lah telinga aku nih. Dalam hati, apa lagi lah yang bakal aku lihat ni.



Ek eleh! kawan kawan aku jek. Kecoh apasal ? Lah,rupa - rupanya, zue terpegang kasut yang ada pig lining. Serious lah dia tak nampak kan ? label tu cuma ditampal and tu pun dalam kasut tu. Dalam hati aku, boleh ke tak aku sentuh si Zue ni. Ishh2..najis mughalazah tuuuu!



Bukan buat endah tak endah. Cuma rasa tak sure, kak wani pun google and semua pasal hukum tersentuh pig lining shoes to ada kat sini. Aku tak boleh cerita lebih -lebih ni pasal hukum hakam agama sebab aku tak berapa ariff !


Info yang aku dapat semalam setelah membacanya, samak tu untuk kulit binatang. Dulu aku selalu je guna perkataan samak tu masa bercerita dengan kawan - kawan perihal anjing dan khinzir ni. Even dah belajar masa Form 3 dulu, tentang erti samak. Nampak sangat belajar untuk ambik exam je. Tak paham betul - betul maksud dia.Sesedap mulut guna perkataan samak untuk manusia! kau ingat zue tu hape ? binatang ke nak samak - samak ?


If manusia tersentuh anjing atau khinzir, cara menyucikan dia kita panggil sertu. SERTU bukan serta ! mesti ramai je yang dah tahu dah aku baru je tahu semalam. =.="


Toksah banyak bicara, Jom tengok zue sertu ! Cara sertu tu pun kau bacalah dalam belog ustaz ni [klik sini]. Aku tunjuk gambar sikit -sikit jelah .



1




2




3




4



" Tak tahu bertanya .Pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. "



By the way, pegi Mid ingat nak shopping raya, balik Shah Alam cuma bawak Shower gel & tweezer ! =.=" . langsung tak de kena mengena dengan raya !



Nota dari :

Photobucket

1 pembetulan:

Unknown said...

This is how my associate Wesley Virgin's story begins in this SHOCKING and controversial video.

You see, Wesley was in the military-and shortly after leaving-he discovered hidden, "MIND CONTROL" tactics that the CIA and others used to obtain anything they want.

THESE are the same tactics tons of famous people (notably those who "come out of nowhere") and elite business people used to become rich and famous.

You probably know how you use only 10% of your brain.

Mostly, that's because most of your brainpower is UNTAPPED.

Perhaps that thought has even taken place INSIDE OF YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head about seven years back, while driving an unregistered, beat-up garbage bucket of a car without a driver's license and with $3 on his debit card.

"I'm so frustrated with living paycheck to paycheck! When will I finally make it?"

You've taken part in those types of questions, right?

Your own success story is waiting to start. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.

Watch Wesley Virgin's Video Now!

Post a Comment