Wednesday, August 10, 2011

Segala-galanya baru!


Assalamualaikum dan Selamat Petang semua..

Dua hari berhempas-pulas, bersengkang mata dan berpadu tenaga mengedit belog yang tak seberapa ni.

Senanye, cuma nak "add" Nuffnang je dalam belog ni. Then, godek sana, godek sini. tukar sana, tukar sini, klik sana klik sini..siti situ sana sini..ehh?.itu silap! hah,hape lagi..dengan semangat yang jitu dan berkobar-kobar, aku buat lah apa-apa yang patut dalam ni.



****************************************************************************



Tukar template tu, gelap sangat!
tukat template ni, crowded nyeeeee..banyak bunga lah! =.="
guna template 3column la pulak! eh? nak letak apa ni? banyak sangat free space.
dah lah aku ni memang lah "tersangat RAJIN" kan ? keh keh keh.


Tengok belog kawan-kawan lain yang memang sangat owesome!
weh, apsal belog kau ada Life Traffic Feed tapi belog aku takde???
aku pun nak gak tahu, kot kot ada orang dari Colombia datang jenguk - jenguk merisik khabar ke..yang paling tak boleh blah,mana lah tahu kan si onew-SHiNEE tu rindu kat aku ke..tak pun paling cikai orang bangladesh tersalah masuk url ke..hah,tak ke bertemu jodoh tu!
*dah kau tak boh, camno nak ado?erkk..ok!(+_+)"


Tak ketinggalan, chatbox kat tepi kanan belog aku ! ha..tu yang mahal tu. kau try klik benda alah hijau tu, tengok! terangkat tak terangkat kau after tengok chatbox kuning aku tu.ha.. confirm tak boleh tido malam lah!keh keh keh.



****************************************************************************



Sila jangan maki bila kau dah nak start blogwalking,stalk-stalk aku ke (ha,ni memang nak mintak maki.perasan memanjang!)keh keh keh..sampai mana tadi? ha..stalk-stalk! semua older post aku dalam belog ni aku dah delete.dah semua pun aku tukar baru,entry-entry lama pun haruslah dihapus.Bak kata pepatah,barang yang lama usah dikenang.ha..tak gitu??? sekarang,baru la semangat.semua baru! So,kepada sesiapa yang tak dapat atau tak berkesempatan nak tengok sugar-sugar daddy aku..anak-anak ayam aku..takpe takpe!jangan rasa rendah diri, jangan rasa kecik hati..tak rugi pun sebab dorang semua takde la "hot" mana pun.By the way, sugar-sugar daddy @ sugar daddy-daddy ? heh! konfius pulak mak nok!



Hari ni je, tak tahu lah berapa kali aku menatap belog aku nih! bukannya apa. rasa berbangga pulak lepas tengok hasil titik peluh sendiri.apa kau fikir nak arrange semua benda alah ni senang ke? kena pulak dengan aku yang mak joyah sikit ni! cerewet nak mampuih.hohoho. tapi puas dia lain macam doe! serius aku cakap. macam kau kena sembelit, teran teran teran...tak keluar- keluar ..kau teran lagi, tak keluar jugak.teran lagi sekali, ha! baru keluar..lepas keluar tu, fuhhhhhhhh..lega dia toksah cakap! macam tu la rasanya! sama saja cuma situasi berbeza.



so people, apa lagi.."Support Our Malaysian Product!"


nota dari :
Photobucket

0 pembetulan:

Post a Comment